Pengukuhan US dolar tidak berjaya dilanjutkan pada berlaku penyusutan ketara nilai mata wang itu di sesi New York semalam.
Penyingkiran Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell oleh Presiden Donald Trump kembali menjadi isu tumpuan, namun Trump menafikan berita yang diterbitkan oleh Reuters.
Pelabur tetap memberi reaksi negatif dengan ancaman Trump itu yang dilihat menggugat kredibiliti institusi kewangan dan juga status mata wang US dolar.
Jika diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga sempat mencecah ke paras terendah baharu semalam berhampiran 1.15600.
Namun harga kemudiannya telah paparkan lonjakan ketara di sesi New York dengan kenaikan sekitar 160 pips hanya dalam tempoh 2 jam sahaja.
Lonjakan yang melepasi paras 1.17000 itu kembali perlahan semula sebelum harga menutup dagangan sesi tersebut di sekitar 1.16300.
Harga bergerak lemah di sesi Asia pagi ini (Khamis) menunduk di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Memerhati isyarat bearish pada pergerakan semasa, harga yang susut di bawah paras 1.16000 akan mendorong penurunan lebih rendah dari paras semalam.
Selanjutnya, sasaran beralih kepada zon 1.15000 jika corak penurunan harga masih lagi diteruskan hingga ke penghujung minggu.
Sebaliknya, jika masih berlaku lonjakan lagi selepas ini, paras 1.17000 akan terus dicabar sebagai paras penting untuk ditembusi.
Melepasi halangan itu akan memberi isyarat lebih jelas untuk perubahan trend sebelum kenaikan kembali mensasarkan ke zon rintangan tumpuan sebelum ini, iaitu pada 1.18000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK