Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Ripple Labs bersedia untuk menamatkan pertikaian undang-undang selepas bertahun-tahun apabila kedua-duanya memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk menarik semula kes tersebut.
Pada hari Khamis, Mahkamah Rayuan Litar Kedua mengesahkan penarikan balik bersama rayuan SEC dan rayuan balas Ripple berhubung tuntutan ke atas XRP sambil menyatakan bahawa setiap pihak akan menanggung kos dan yuran guaman masing-masing.
Ketua Pegawai Undang-Undang Ripple, Stuart Alderoty di laman X mengesahkan penarikan rayuan oleh kedua-dua pihak.
Semasa tahun 2020, SEC telah menyaman Ripple dengan menuduh syarikat itu menjual token XRP sebagai sekuriti tidak berdaftar.
Walau bagaimanapun, isu tersebut kembali naik pada tahun 2023 apabila Hakim Persekutuan Analisa Torres mengeluarkan keputusan yang bercampur-campur dengan menganggap token tersebut masih dianggap sebagai sekuriti.
Akibat kes tersebut tergantung, keputusan tersebut dianggap bahawa XRP yang dijual Ripple di bursa awam tidak memenuhi definisi sekuriti, namun token yang dijual kepada pelabur institusi diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak berdaftar.
Penyelesaian tersebut menjadi pemangkin utama kepada kenaikan harga XRP dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan lonjakan hampir 99% daripada paras terendah 2025 pada $1.79 pada 9 April kepada paras tertinggi $3.56 pada 22 Julai.
Walaupun harga XRP sempat susut di bawah paras $3, ia kembali meningkat 10.6% dalam tempoh 24 jam terakhir kepada $3.31.