Syarikat makanan segera gergasi, KFC yang dimiliki oleh Yum Brands merancang melabur £1.49 bilion di Britain dan Ireland dalam tempoh lima tahun.
Tujuan utama usaha itu dilaksanakan supaya dapat mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan dalam organisasi perniagaan sepanjang rantaian bekalannya beroperasi.
Rangkaian makanan segera ayam goreng itu, memberitahu mereka akan membuka 500 cawangan dalam tempoh akan datang selepas berjaya mengendalikan lebih 1,000 cawangan di seluruh UK dan Ireland.
Jumlah peruntukan pembukaan cawangan baharu dan menaik taraf 200 lokasi sedia ada berikut bernilai £466 juta, manakala £583 juta pula akan dilaburkan bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu.
KFC menyatakan permintaan rakyat UK terhadap ayam goreng semakin meningkat dengan nilai pasaran dianggarkan mencecah £3.1 bilion.
Pasaran syarikat diramalkan terus berkembang pesat didorong oleh permintaan tinggi pengguna, sekaligus mengatasi perkhidmatan restoran lain.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.