US dolar bergerak lemah pada pembukaan awal minggu, namun kembali paparkan pengukuhan semula dengan arah pergerakan lebih jelas di sesi New York semalam.
Walaupun data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan merosot untuk bulan Mei ketika diterbitkan, namun US dolar berjaya bergerak dengan prestasi positif.
Situasi pasaran masih dipacu oleh perkembangan konflik perang antara Iran dan Israel yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mereda buat masa ini.
Lebih menghangatkan keadaan apabila Amerika juga telah campur tangan dalam situasi perang ini dengan menggerakkan pesawat perang mereka ke Timur Tengah.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga membuat kenaikan dahulu di awal minggu menguji rintangan pada zon 1.16000.
Namun selepas berundur perlahan, harga menunjukkan penurunan jelas di sesi New York semalam sehingga menembusi paras 1.15000.
Isyarat bearish lebih jelas apabila harga kembali bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mencadangkan corak penurunan bakal diteruskan lagi.
Harga perlahan di pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu), sedikit melantun menguji paras 1.15000 namun bergelut untuk melepasinya.
Jangkaan penurunan lebih rendah harga akan diteruskan untuk menuju pula zon 1.14000 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Jun.
Dengan situasi perang berterusan yang memberi kelebihan kepada US dolar, harga berisiko jatuh sehingga ke sekitar 1.13000 atau lebih dalam lagi.
Tapi jika situasi berubah, ada potensi untuk harga memulih semula dari peningkatan di atas paras 1.15000.
Namun zon rintangan 1.16000 sekali lagi akan menjadi cabaran utama untuk harga lepasi selepas cubaan minggu lalu dan awal minggu ini gagal.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK