Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Jepun kini berada pada sekitar 1.2, jauh lebih rendah daripada kadar 2.1 anak setiap wanita yang diperlukan untuk mengekalkan saiz populasi sedia ada.
Lebih membimbangkan kadar kelahiran hidup di negara tersebut semakin merosot sejak 1973.
Dalam menangani krisis demografi tersebut, kerajaan Jepun telah melancarkan dasar kecemasan termasuk sistem kerja empat hari seminggu yang dicadangkan pada 2021.
Polisi itu turut merangkumi cuti separuh hari yang membolehkan pekerja bekerja setengah hari sahaja seperti bertugas pada waktu pagi dan bercuti pada waktu petang.
Langkah ini bertujuan menyeimbangkan kerja dan kehidupan, namun menimbulkan kebimbangan terutama dalam sektor kekurangan tenaga kerja seperti hospital dan sekolah.
Perdana Menteri Shigeru Ishiba menyifatkan keadaan ini sebagai ‘kecemasan senyap’ dan bertekad melaksanakan inisiatif mesra keluarga bagi merangsang kadar kelahiran.
Pada tahun 2024, populasi Jepun menurun sebanyak 0.75% kepada 908,574 orang, menjadikan jumlah penduduk keseluruhan sebanyak 120.65 juta orang.
Persoalan utama sekarang adakah dasar kerja fleksibel mampu menghentikan penurunan kadar kelahiran Jepun dan menyokong pemulihan demografi?