Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone telah mengadakan lawatan sulung ke Malaysia sambil disambut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra pada 25 Mei 2025 lalu (Ahad).
Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan bagi membahas kemajuan dalam aspek pendidikan, pengangkutan, pelancongan, bidang pelaburan, pertahanan, pertanian, industri halal dan tenaga boleh baharu.
Perbincangan itu turut meliputi kepentingan strategik ASEAN sebagai platform sistematik dalam menangani isu bersama, ketika berhadapan cabaran geopolitik dan geoekonomi yang sedang meluas.
Jumlah dagangan antara Malaysia dan Laos mencatatkan $21.9 juta dengan hasil eksport bernilai $14.9 juta dan import berjumlah $7.0 juta pada tahun lalu.
Malaysia kini merupakan pelabur asing kelima terbesar di Laos dengan jumlah pelaburan $942 juta merangkumi 46 buah projek yang tertumpu kepada sektor pengangkutan, perbankan, pembinaan dan perkhidmatan hotel.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!