Putrajaya tak tunggu lama. Selepas didakwa jadi ‘laluan tikus’ untuk barangan China elak tarif AS, kerajaan terus rampas kuasa pengesahan eksport dari badan swasta.
Ketika perlangsungan Sidang Khas Parlimen semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz menyatakan bahawa bermulai esok, hanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dibenarkan mengeluarkan Sijil Asal Bukan Keutamaan (NPCO) bagi semua eksport ke AS.
Laporan Bloomberg mendakwa ejen China menggunakan Malaysia untuk tukar label ‘Made in China’ kepada ‘Made in Malaysia’.
Jika benar, ini bukan saja menipu, tapi boleh rosakkan nama negara di mata dunia.
Tengku Zafrul berkata ramai pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan Malaysia sebagai laluan seludup, justeru kerajaan mengambil keputusan untuk menutup ruang itu sepenuhnya bagi membasmi gejala tersebut.
Malaysia kini di bawah kanta pembesar Washington selepas mengumumkan tarif 24% ke atas eksport Malaysia (kini ditangguh di bawah kadar universal 10%).
Jika langkah ini gagal bendung penipuan, Trump mungkin kembali dengan tarif yang lebih menggigit.
Penganalisis memberi amaran, reputasi perdagangan Malaysia kini dipertaruhkan, dan sebarang petanda kolusi boleh membawa padah.
Kerajaan sendiri dah ambil langkah berani lindungi ekonomi negara, anda juga perlu berani lindungi ekonomi pelaburan sendiri.
Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!