Pergerakan harga perlahan sepanjang dagangan Rabu semalam ketika pasaran berhati-hati memerhatikan perkembangan tarif global.
Penangguhan tarif Donald Trump telah berakhir semalam (9 Julai), namun tempoh dilanjutkan sehingga 1 Ogos.
Tumpuan beralih seketika pada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi ini menyaksikan reaksi penyusutan nilai US dolar di pembukaan sesi Asia.
Jika diteliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mendatar di atas zon 1.17000 selama 3 hari berturut-turut menunjukkan cubaan penurunan harga terbatas di sekitar itu.
Mendatar di atas zon tersebut sepanjang Rabu semalam, harga mula menunjukkan lantunan di sesi Asia pagi ini dan mula melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan lebih tinggi dilihat akan menuju semula ke zon rintangan yang diuji pada minggu sebelum ini iaitu pada 1.18000.
Melepasi rintangan itu akan mendorong harga catatkan rekod ketinggian terbaru harga untuk tempoh dagangan 4 tahun dengan sasaran beralih kepada 1.19000.
Sementara, harga jika susut di bawah zon 1.17000 akan menjadi isyarat bearish untuk harga menyambung penurunan lebih rendah.
Beberapa zon tumpuan dilihat menjadi sasaran untuk penurunan harga iaitu pada zon 1.16000 atau lebih rendah lagi pada zon support 1.15000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK