US dolar sempat pamerkan pengukuhan sederhana menuju dagangan ke penghujung minggu lepas, namun dilihat kembali melemah menyambung pembukaan awal minggu ini.
Setelah pemulihan yang didorong oleh perkembangan rundingan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China minggu lalu, US dolar kembali melemah dengan kejutan laporan firma Moody’s.
Moody’s menurunkan penarafan kredit kerajaan AS ketika kebimbangan terhadap hutang negara semakin meningkat di mana kini mencecah $36 trilion.
Namun, pelabur akan kekal berwaspada menantikan petunjuk baharu di awal minggu ini dengan jangkaan pergerakan pasaran yang masih bercampur.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, penurunan harga berlaku pada Jumaat lalu selepas mendatar di zon 1.12000.
Penurunan harian sekitar 90 pips yang dicatatkan itu melihatkan harga cecah 1.11300 dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Lantunan perlahan harga pada penutupan sesi terakhir itu nampaknya diteruskan pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini yang menghampiri semula zon 1.12000 selain garisan halangan MA50 juga diuji.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon 1.12000, berkemungkinan paras ketinggian minggu lalu akan dicabar berhampiran 1.12700.
Seterusnya zon 1.13000 akan menjadi sasaran kenaikan lebih tinggi untuk harga kembali menguji zon yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Mei itu.
Namun, jika zon 1.12000 gagal ditembusi sebaliknya harga berundur turun semula, berkemungkinan zon support pada 1.11000 akan dihampiri lagi.
Reaksi harga pada zon penting itu akan diperhatikan untuk menilai petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK