Hampir 200 pips kenaikan harga telah berjaya dicatatkan pada carta pasangan mata wang GB/USD sejak pembukaan dagangan di awal minggu.
Dari paras 1.34000 harga bermula di sesi Asia pada Isnin lalu, kenaikan harga diteruskan sehingga ke sesi Asia pagi Khamis ini mencapai ketinggian 1.35800.
Mata wang Pound mengekalkan prestasi baik beberapa hari ketika US dolar mengalami penyusutan nilai dalam pasaran.
Tumpuan pasaran akan beralih kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk UK dan AS yang akan diterbitkan pada sesi Eropah dan New York sebentar lagi.
Bacaan data bagi bulan Julai akan mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang Pound dan US dolar itu.
Buat ketika ini, pergerakan harga masih menunjukkan isyarat bullish dengan berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Seperti yang dijangkakan dari awal minggu, zon rintangan 1.36000 bakal diuji harga untuk melihat sama ada harga mampu untuk menembusinya.
Jika berjaya, kenaikan lebih tinggi akan diteruskan pada pergerakan bullish harga itu dengan sasaran untuk menuju pula sekitar 1.37000.
Sebaliknya jika harga gagal lepasi rintangan 1.36000 dan berundur turun semula, pelabur akan memerhati jika terdapat petanda untuk perubahan arah semula.
Susut di bawah garisan sokongan MA50 dan seterusnya menembusi 1.35000 akan menunjukkan isyarat bagi penurunan harga ke bawah.
Zon sokongan 1.34000 bakal dicecah semula dan diuji lagi seperti dagangan pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK