US dolar papar pemulihan pada dagangan penghujung minggu lalu selepas perbualan positif antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya, Xi Jinping yang kembali meredakan ketegangan perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China.
Selain itu, laporan pekerjaan NFP AS yang diterbitkan di sesi New York pada Jumaat lalu turut catatkan bacaan yang baik.
Pertambahan pekerjaan pada Mei di AS sebanyak 139,000 adalah lebih baik berbanding ramalan 126,000 walaupun menurun dari bulan sebelumnya.
Purata pendapatan per jam catat peningkatan kepada 0.4% manakala kadar pengangguran kekal di paras 4.2%.
Pelabur akan menantikan perkembangan rundingan wakil dari kedua-dua negara AS dan China di London pada hari ini (Isnin) untuk menilai hala tuju rundingan dagang.
Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menghampiri ketinggian 1.15000 pada Khamis lalu, namun kembali paparkan penurunan semula menjelang laporan NFP.
Di dagangan sesi terakhir minggu itu, harga berakhir di bawah paras 1.14000 sebelum meningkat sedikit di atasnya pada pembukaan sesi pertama di awal minggu ini.
Garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu turut diuji yang boleh memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga.
Sekiranya berjaya harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, rintangan adalah di paras 1.15000 untuk dilepasi.
Jika berjaya, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu dengan sasaran beralih pula ke sekitar 1.16000.
Namun, jika harga bergerak susut di bawah paras 1.14000, isyarat bearish akan mendorong jangkaan harga untuk membuat penurunan menuju zon 1.13000.
Pergerakan harga pada minggu ini selain memerhati perkembangan rundingan AS-China, data inflasi AS juga akan turut menjadi pemacu utama.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK