Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka kekal dalam julat sempit berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bermula hari ini.
Pada jam 10:35 pagi, ringgit berada pada paras 4.1190 iaitu menyusut 0.22% berbanding dolar AS sejak dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.10% kepada 99.087 mata menjelang mesyuarat FOMC.
Beliau turut menyatakan bahawa hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkat kerana pelabur berpendapatan tetap kekal berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC esok.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.47971/4930 daripada 5.4729/4789 semalam, melemah berbanding euro kepada 4.7868/7984 daripada 4.7873/7926, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6384/6458 daripada 2.6429/6460 sebelum ini.
Ringgit turut didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1687/1769 daripada 3.1698/1735 semalam dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8822/9224 daripada 12.9006/9204 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 246.2/247.0 daripada 246.1/246.5 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.97/7.00 daripada 6.97/6.98.- Bernama
























































