Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan peningkatan kemungkinan pengurangan ketenteraan di Timur Tengah apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan gencatan senjata sementara antara Iran dan Israel.
Pada jam 10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2530 iaitu positif 0.91% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2915 pada penghujung Isnin.
Indeks Dolar AS turun 0.29 peratus kepada 98.416 mata.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan bahawa Israel dan Iran telah bersetuju dengan gencatan senjata sementara, membuka jalan untuk menyelesaikan konflik ketenteraan.
Katanya lagi, ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain dijangka menunjukkan prestasi yang menggalakkan hari ini memandangkan perkembangan positif di Timur Tengah.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menurun berbanding yen Jepun pada 2.9315/9461 daripada 2.9028/9074 pada penutup Isnin, susut berbanding pound British kepada 5.7932/8216 daripada 5.7437/7524, dan jatuh berbanding euro kepada 4.9605/9848 daripada 4.9236/9311 sebelumnya.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.3/260.7 daripada 260.2/260.7 pada penutup semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.46 daripada 7.44/7.46.
Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3339/3507 daripada 3.3188/3243 dan susut kepada 13.0361/1081 daripada 12.9998/13.0250 berbanding baht Thailand sebelum ini. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!