Maybank telah menaja jamin sebanyak RM2.5 bilion iaitu satu pertiga daripada pembiayaan Islam terbesar bagi pusat data hijau Data Centers (DayOne) di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
DayOne, syarikat Singapura merupakan peneraju infrastruktur digital serantau yang berkembang di pasaran utama Asia seperti Johor (Malaysia), Singapura, Bangkok, Tokyo, Hong Kong dan Batam (Indonesia).
Maybank memaklumkan tranche Islam dalam ringgit domestik sebanyak RM7.5 bilion akan dipadankan dengan tranche konvensional luar pesisir dalam dolar AS, membentuk pakej pembiayaan hijau dwinata wang lima tahun bernilai RM15 bilion.
Kumpulan perbankan itu memberitahu anak syarikat DayOne, WG Data Hub Sdn Bhd akan menggunakan hasil dana untuk membangunkan pusat data bertaraf ‘Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).
LEED adalah sistem pensijilan bangunan hijau yang diiktiraf dan digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli menyatakan transaksi ini mencerminkan komitmen terbesar bank itu dalam pembiayaan Islam untuk pusat data serta usaha memajukan pembiayaan Islamik dan hijau.
Kampus pusat data utama DayOne akan dibina di Taman Teknologi Nusajaya dan Kempas dalam JS-SEZ serta dijangka menampung sebahagian besar kapasiti yang dirancang di ASEAN dan Jepun.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.