Di saat dunia sedang sibuk panik dengan segala kekacauan ekonomi yang makin meninggi, ketua kepada dana pelaburan terbesar dunia, dana kekayaan negara Norway bernilai $1.8 trilion, memilih untuk kekal tenang.
Nicolai Tangen, CEO Norges Bank Investment Management, berkata tiada apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada perang tarif Trump yang semakin meningkat, yang dijangka menghapuskan sehingga $600 bilion daripada nilai pelaburannya.
Separuh daripada dana tersebut dilaburkan dalam saham dan bon Amerika Syarikat (AS).
Tangen menegaskan kepada The Wall Street Journal bahawa mereka tidak dapat melindungi diri daripada situasi tersebut dan jalan yang tinggal hanyalah sebuah keredhaan.
Di saat Trump bersorak dengan kejutan pasaran buruh apabila 177,000 pekerjaan ditambah pada April, melebihi jangkaan, Tangen pula bersiap menghadapi bencana.
Tangen menyatakan bahawa situasi tersebut berada dalam keadaan yang negatif, dengan perang teknologi, perang perdagangan, dan perpecahan yang semakin meluas.
Sementara itu, pasaran saham menunjukkan ketenangan, dengan Dow Jones meningkat 564 mata pada hari Jumaat dan Nasdaq naik 266 mata.
Namun, pakar ekonomi memberi amaran bahawa kenaikan ini mungkin hanya bersifat sementara.
Jika pelabur sebesar Nicolai Tangen pun memilih untuk bertahan dalam ribut ekonomi, inilah masanya untuk anda bersedia hadapi cabaran pasaran dengan strategi yang lebih tajam.
Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!