Syarikat tenaga gergasi, Shell dilaporkan sedang mengadakan rundingan awal untuk mengambil alih pesaingnya, BP, dalam satu langkah yang dilihat bakal mencetuskan penggabungan terbesar industri minyak dalam generasi ini.
Laporan The Wall Street Journal menyatakan perbincangan antara kedua-dua syarikat berjalan secara perlahan namun aktif, dengan BP meneliti cadangan tersebut secara berhati-hati.
Sekiranya rundingan tersebut berjaya, penggabungan ini dijangka meletakkan Shell setanding dengan ExxonMobil dan Chevron dari Amerika Syarikat.
Nilai pasaran semasa BP dianggarkan sekitar $80 bilion dengan hutang bersih sebanyak $27 bilion, manakala Shell dinilai lebih $208 bilion. Saham BP melonjak 6.6% dalam dagangan Rabu lalu selepas laporan itu tersebar, sementara saham Shell kekal stabil.
Namun, jurucakap Shell menafikan wujud sebarang rundingan, menyifatkannya sebagai spekulasi pasaran manakala BP pula enggan mengulas lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan sebelum ini menegaskan syarikat lebih memberi keutamaan kepada pulangan pelabur melalui pembelian semula saham berbanding pengambilalihan besar.
Penganalisis menjangka sebarang cubaan penggabungan akan berdepan cabaran besar termasuk isu kawal selia dan kebimbangan monopoli memandangkan kedua-dua syarikat merupakan antara pengeluar minyak dan gas terbesar dunia.
Dalam dunia korporat pun, yang berani ambil peluang akan terus ke depan. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H sekarang!