Kerajaan negeri Sarawak mendakwa syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd iaitu cabang utama syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melanggar undang-undang negeri.
Pertuduhan itu dibuat disebabkan oleh kesalahan membabitkan pengedaran gas menurut laporan oleh Utusan Malaysia.
Pelanggaran undang-undang didakwa mengikut Seksyen 7(e) Akta Pengedaran Gas 2016 melibatkan operasi loji milik Petronas Carigali di Miri.
Seterusnya, tuduhan itu dikenakan selepas negeri Sarawak mendakwa loji itu beroperasi secara haram dan tanpa kebenaran pihak kerajaan.
Peraturan seksyen 7 menetapkan pelesenan aktiviti pengagihan gas dan subseksyen (e) meliputi aktiviti mengurus, membina, menyelenggara peralatan dan saluran paip gas serta sistem pengagihan gas.
Setakat ini tiada sebarang ulasan daripada pihak kementerian dan syarikat Petronas berhubung isu tersebut.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!