Syarikat kecerdasan buatan, Advanced Micro Devices Inc (AMD) memberitahu sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas jualan ke China membuat mereka menelan perbelanjaan $1.5 bilion (RM6.36 bilion) tahun ini.
Situasi itu berpunca daripada kekangan eksport yang dikenakan pada bulan April dengan menyasarkan cip MI308 AMD.
Selain itu, organisasi AMD meramalkan hasil pusat data akan menurun disebabkan oleh pengurangan $700 juta dalam jualan produk itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lisa Su kekal percaya kepada permintaan untuk infrastruktur AI, beliau memberitahu tidak lama lagi cip baharu akan diperkenalkan dan berperanan membantu meningkatkan jualan pada separuh kedua tahun ini.
Lisa Su turut berasa risau terhadap kebimbangan pelabur tentang sekatan perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS) serta cabaran persaingan dengan Nvidia Corp dalam pasaran cip AI.
Laporan suku tahunan mencapai tahap optimis selepas saham AMD mengalami peningkatan lebih 7%, namun merosot semula selepas syarikat itu mendedahkan kesan jualan China.
AMD menjangkakan kira-kira $7.4 bilion pada kadar jualan suku kedua berbanding anggaran purata sebanyak $7.23 bilion.
Seterusnya, AMD terus memperoleh keuntungan dalam pasaran dengan pemproses pusat data dan mengambil bahagian daripada Intel Corp serta memperoleh permintaan tinggi untuk pembelian cip.
Konklusinya, jualan suku pertama AMD meningkat $3.7 bilion kepada $7.4 bilion dengan mengatasi anggaran anggaran $7.12 bilion sebelum ini.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.