Data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK diterbitkan pada sesi Eropah semalam menunjukkan bacaan baik bagi kedua-dua sektor itu bagi bulan Jun.
Namun, bacaan data tersebut bukan menjadi pemacu utama pergerakan mata wang Pound yang menunjukkan peningkatan nilai yang ketara semalam.
Ia lebih didorong oleh penyusutan mata wang US dolar susulan pengumuman oleh Presiden Donald Trump bahawa Iran dan Israel telah bersetuju untuk gencatan senjata.
Walaupun belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua negara yang berperang itu, pelabur menyaksikan reaksi awal dengan sentimen pasaran yang memulih seketika.
US dolar yang melemah melonjakkan harga dengan ketara pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi New York semalam.
Pada sesi sebelumnya, harga sedikit ditekan ke sekitar 1.33700 sebelum lonjakan harga yang menembusi semula zon 1.34000.
Kenaikan pantas harga itu terus melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan menuju penghujung sesi New York, harga turut menembusi rintangan 1.35000.
Perlahan menutup dagangan di ketinggian 1.35200, harga menyambung kenaikan pada kadar perlahan menuju ke zon 1.36000.
Jika harga berjaya melepasi rintangan 1.36000 pula, harga akan catatkan rekod ketinggian baharu 3 tahun dengan beralih sasaran pada 1.37000.
Namun jika harga berubah arah membuat penurunan pula, paras 1.35000 akan menjadi tumpuan awal untuk menunjukkan reaksi.
Dilanjutkan penurunan lebih rendah akan menjangkakan harga menghampiri semula zon support 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK