SpaceX telah melabur sebanyak $2 bilion dalam xAI sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan ekuiti bernilai $5 bilion.
Firma xAI telah diasaskan oleh Elon Musk pada 2023, memfokuskan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), media sosial dan teknologi.
The Wall Street Journal memaklumkan bahawa usaha itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara syarikat teknologi Elon Musk ketika syarikat AI baharunya itu bakal menjadi pencabar kepada OpenAI.
Pelaburan ini dibuat susulan penggabungan antara xAI dengan X, sekaligus meletakkan nilai gabungan syarikat itu kepada $113 bilion.
Chatbot Grok kini digunakan untuk sokongan pelanggan Starlink dan dirancang untuk integrasi masa depan ke dalam robot Optimus keluaran Tesla.
Apabila ditanyakan berkenaan penglibatan Tesla dalam pelaburan xAI, tanpa mengesahkan atau menafikan, Elon Musk menyatakan keputusan bergantung kepada kelulusan lembaga syarikat dan pemegang saham.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!