Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula dilihat terbatas ekoran berlaku perubahan pada dagangan US dolar.
Pada awal minggu, kenaikan harga telah dipaparkan melepasi paras 1.35000 ketika US dolar alami penyusutan didorong kebimbangan yang kembali melanda pasaran.
Isu yang menjadi tumpuan adalah konflik perang Rusia-Ukraine dan ketegangan perang dagang AS-China.
Pasaran masih terus mengikuti perkembangan lanjut berkenaan isu-isu tersebut yang mempengaruhi sentimen pasaran semasa.
US dolar walau bagaimanapun tidak meneruskan penyusutan lanjut ketika data pekerjaan JOLTS yang diterbitkan pada sesi New York semalam hadir dengan bacaan baik untuk April, sekaligus mendorong pemulihan sederhana US dolar.
Pergerakan harga mendatar di atas paras 1.35000 sebagai support semasa, dengan beberapa data tumpuan akan diperhatikan menuju ke penghujung minggu terutamanya laporan pekerjaan NFP AS.
Harga yang berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu turut diperhatikan dalam pelabur mencari petunjuk bagi arah pergerakan selanjutnya.
Jika gagal bertahan di atas paras 1.35000, harga yang susut lebih rendah akan mencetuskan isyarat untuk pergerakan bearish.
Penurunan harga bakal hampiri semula zon tumpuan pada 1.34000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu-minggu sebelum ini.
Sebaliknya jika harga berjaya paparkan lantunan, zon rintangan pada 1.36000 akan menjadi sasaran utnuk diuji seperti minggu lepas.
Melepasi zon penting itu akan mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru dalam tempoh dagangan 3 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK