China kini bukan lagi pelabur murah hati, tetapi penagih hutang paling garang termasuk kepada negara miskin yang pernah bergantung harap padanya.
Walaupun Beijing tidak pernah bersuara lantang menuntut hutang, laporan terkini Lowy Institute mendedahkan bahawa China telah lama bergerak dalam diam untuk mengambil semula haknya.
Data institusi itu menunjukkan negara membangun dijangka akan membayar semula hutang kepada China sebanyak $35 bilion pada 2025, manakala pinjaman baharu yang keluar dari China pula kini semakin menyusut.
Ini memberi gambaran jelas bahawa Beijing kini lebih fokus mengutip hutang berbanding menyalurkan dana baharu.
Situasi ini berpunca daripada lonjakan pinjaman di bawah projek mega Belt and Road yang kini menjadi beban ekonomi China sendiri.
Dalam 54 negara, bayaran kepada China telah melebihi hutang kepada negara Barat seperti Paris Club.
Beijing mungkin tampak senyap, tetapi langkahnya jelas memberi kesan besar — perbelanjaan untuk hospital, sekolah dan iklim untuk negara yang miskin kini terganggu.
China bukan lagi pemurah, sebaliknya menjadi “beban bersih” kepada dunia membangun.
Malah, ada kebimbangan hutang ini dijadikan alat geopolitik, terutama selepas AS dan sekutunya mula menarik diri.
China sudah berubah — lebih tegas, dan tidak lagi sudi dipijak.
Kalau negara pun boleh tersepit kerana terlalu bergantung, inikan pula individu. Dah tiba masa anda berdikari secara bijak. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!