Kerajaan Malaysia menyambut baik cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar tarif perdagangan kepada 10% ke atas barangan Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengatakan AS menetapkan 10% sebagai kadar minimum yang tidak boleh dirunding.
Tengku Zafrul memberitahu kadar tarif di bawah 24% dianggap positif dan sudah mencukupi dalam membantu industri dan pengeksport tempatan.
Malaysia kini mengadakan rundingan dengan Washington supaya kadar tarif mampu dikurangkan selepas dikenakan tarif tinggi sehingga 49% terhadap negara-negara di Asia Tenggara.
Namun sebagai balasan, AS mahu Malaysia bertindak menghapuskan halangan bukan tarif, mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan dan mengawal aliran teknologi sensitif.
Beliau turut membahas Malaysia dan AS bakal mengadakan rundingan seterusnya pada minggu hadapan bagi memastikan hubungan perdagangan antara dua negara kekal kukuh.
Malaysia juga memperketat peraturan untuk menghalang penghantaran semula cip ke negara terlarang seperti China demi melindungi perdagangan negara.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI