Konflik perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin reda berkemungkinan mengancam pertumbuhan hasil Top Glove Corporation Berhad.
Situasi terbabit diramalkan memberi ancaman kepada Top Glove disebabkan oleh kerajaan China selepas ini akan mengambil alih semula pasaran sarung tangan AS.
RHB Research memberitahu kumpulan itu bakal terdedah kepada risiko kadar penggunaan lebih cepat daripada unjuran dan harga bahan mentah lebih rendah.
RHB menambah meskipun potensi kesan diunjur minimum ia berpandangan tempoh penangguhan tarif selama 90 hari berpotensi mengubah pasaran industri sarung tangan AS yang kini dikuasai oleh syarikat Malaysia.
Pihak RHB juga mengutarakan mereka menaikkan andaian premium risiko bagi mencerminkan keadaan risiko tinggi berkaitan pelonggaran ketegangan perang tarif antara AS-Republik China.
Syarikat pengeluar sarung tangan Malaysia berjaya mendominasi pasaran AS sebanyak 69 peratus berbanding China 3.6 peratus.
Namun demikian, peratusan itu dijangkakan boleh berubah selepas tempoh pelaksanaan 90 hari tarif tamat.
RHB menyemak semula saranan ke atas syarikat berkenaan daripada “jual” kepada “beli” dengan harga saham diubah lebih rendah kepada 75 sen daripada RM1.06 dengan merekodkan penurunan 13 peratus.
Firma itu turut mengekalkan anggaran pendapatan syarikat tersebut dengan tiada sebarang perubahan berdasarkan purata tiga tahun melibatkan sosial, skor inisiatif alam sekitar dan tadbir urus (ESG) iaitu 3.1.
Secara ringkas, Top Glove kini bergantung kepada situasi perdamaian AS-China dengan peningkatan dalam harga jualan purata sarung tangan dan pengembangan kapasiti bergerak pantas.
Perubahan dalam sentimen pasaran semasa boleh pengaruhi saham-saham global. Tapi macam mana nak belajar tentang sentimen pasaran? Sertai komuniti HUSTLE24HOUR yang menyediakan pembelajaran khas tentang pasaran kewangan. KLIK LINK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.