Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas sebuah pusat tahanan di Zaporizhzhia, selatan Ukraine lewat malam Isnin yang hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan tempoh akhir baharu kepada Kremlin untuk menamatkan perang.
Menurut Presiden Volodymyr Zelensky, fasiliti Bilenkivska yang menjadi sasaran merupakan sebahagian daripada gelombang serangan ke atas 73 bandar dan kampung di seluruh Ukraine, menjadikannya serangan paling dahsyat ke atas penjara sejak pencerobohan penuh skala Rusia lebih tiga tahun lalu.
Beberapa jam sebelum kejadian, Trump sekali lagi menggesa Moscow menghentikan pertumpahan darah dan memberikan tempoh 10 hingga 12 hari kepada Presiden Vladimir Putin untuk menunjukkan komitmen serius terhadap gencatan senjata.
Jika gagal, sekatan ekonomi baharu bakal dilaksanakan, termasuk menyekat hasil eksport minyak Rusia. Tempoh baharu itu dipendekkan daripada 50 hari yang diumumkan sebelum ini.
Namun, Kremlin memberikan reaksi dingin terhadap amaran tersebut. Jurucakap Dmitri Peskov sekadar menyatakan bahawa pihaknya “mengambil maklum” kenyataan Presiden AS itu dan menegaskan operasi ketenteraan khas masih diteruskan.
Zelensky dalam kenyataannya memaklumkan bahawa serangan pada malam Isnin hingga pagi Selasa telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang awam dan mencederakan 85 lagi.
Lima lagi mangsa terbunuh pada hari Selasa apabila kawasan agihan bantuan berhampiran Izium turut menjadi sasaran artileri Rusia.
Sebagai respon, Zelensky mengucapkan terima kasih atas ketegasan Trump dan menggesa sekatan yang lebih keras dikenakan terhadap Moscow.
Beliau turut menegaskan bahawa sekatan tersebut mesti benar-benar menyakitkan dan berkesan bagi memberi tekanan maksimum ke atas Kremlin.
Ketegangan global ini beri isyarat jelas kepada trader untuk bertindak bijak dalam pasaran! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!