Tindakan Presiden Donald Trump mencalonkan pengulas politik konservatif, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang baharu mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.
White House mencadangkan penulis berusia 40 tahun itu kepada Senat sebagai calon duta dan mencetuskan kebimbangan di Malaysia yang mana penduduknya adalah majoriti Islam dan ‘Pro-Palestin’.
Nicks Adams, warganegara Amerika Syarikat kelahiran Australia pernah mengkritik usaha mengajar subjek Islam di sekolah dan turut melabel individu yang menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin sebagai penyokong keganasan.
Susulan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) antara yang lantang menyuarakan bantahan di Malaysia.
Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin dalam satu kenyataan menjelaskan latar belakang Adams yang didakwa condong kepada ideologi politik ekstrem kanan serta retorik yang bersifat memecahbelahkan bercanggah dengan prinsip kemajmukan, toleransi dan solidariti yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, AMK merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan AS pada Jumaat bagi membantah pencalonan Adams.
Sementara itu, Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Kabinet Malaysia masih belum menerima sebarang memorandum rasmi daripada Wisma Putra berhubung pencalonan Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia.
Fahmi berkata lazimnya Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai pelantikan mana-mana duta atau wakil asing yang baharu.
Walau bagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa bantahan tersebut bakal menggoyahkan hubungan diplomatik buat kedua-dua pihak apabila suasana pasaran masih bimbang berkenaan dengan penetapan tarif tinggi 25% oleh Donald Trump kepada Malaysia.
Kalau persahabatan gergasi dunia pun boleh retak kerana ekonomi, anda patut mula bina kekuatan sendiri hari ini. Sertai program HUSTLE24HOUR untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. KLIK LINK UNTUK BERSAMA H24H!