Trump mengamuk tengok angka pekerjaan menjunam!
Laporan pekerjaan sektor swasta Amerika yang mengejutkan dengan hanya 37,000 pekerjaan baharu pada Mei merupakan satu data yang paling teruk dibentangkan sejak Mac 2023 telah mencetuskan drama politik apabila Presiden Trump secara terbuka menyerang Pengerusi Fed, Jerome Powell, kerana mengekalkan kadar faedah yang tinggi.
Di Truth Social, Trump mengherdik Powell supaya segera menurunkan kadar faedah Amerika, sambil mendakwa bahawa Eropah sudah berulang kali menurunkan kadar faedah — walaupun berita tersebut hanyalah khabar angin sahaja.
Tapi Powell kekal berpendirian. Walaupun bertemu Trump di White House minggu lalu, beliau menegaskan dasar monetari akan ditentukan berdasarkan data ekonomi, bukan tekanan politik.
Dalam masa yang sama, amaran kewangan semakin ketara. CEO JPMorgan, Jamie Dimon memberi amaran bahawa hasil bon 10 tahun yang kekal tinggi dan hutang negara yang melonjak boleh menyebabkan “sistem runtuh.”
Dengan kadar pengangguran kekal sekitar 4.2%, dan laporan pekerjaan rasmi yang bakal dikeluarkan Jumaat ini, naratif pemulihan ekonomi Trump semakin goyah — tersepit antara inflasi dan pasaran kerja yang lemah.
Walau Powell kekal keras kepala, anda tak perlu tunggu kadar faedah jatuh untuk ubah masa depan kewangan anda. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!