Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa tarif setinggi 35% akan dikenakan ke atas blok tersebut sekiranya janji pelaburan sebanyak $600 bilion ke AS tidak dipenuhi.
Amaran itu disuarakan dalam wawancara bersama CNBC semalam, di mana beliau merujuk kepada perjanjian yang dimeterai secara lisan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Scotland pada 27 Julai lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, perjanjian tersebut melibatkan komitmen pelaburan tambahan oleh EU ke dalam ekonomi AS menjelang akhir penggal kedua pentadbiran Trump.
Trump menegaskan, kegagalan EU menunaikan komitmen itu akan menyebabkan tarif ke atas barangan dari blok tersebut dinaikkan semula kepada 35%. Sebelum ini, tarif telah diturunkan kepada kadar 15% sebagai sebahagian daripada kepercayaan terhadap janji pelaburan berkenaan.
Difahamkan, Suruhanjaya Eropah pada Selasa telah bersetuju untuk menggantung pakej tindakan balas perdagangan melibatkan barangan AS bernilai €93 bilion yang dijadualkan berkuat kuasa pada 7 Ogos, sebagai sebahagian daripada usaha meneruskan rundingan untuk memuktamadkan kenyataan bersama.
Bagaimanapun, jurucakap Suruhanjaya menjelaskan bahawa angka pelaburan $600 bilion itu hanyalah berdasarkan maklumat awal hasil perbincangan bersama pemain industri, dan bukannya suatu jaminan rasmi daripada pihak berkuasa awam EU.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh EU berhubung amaran terbaru Trump itu.
EU tarik handbrake, Trump pula ugut naikkan tarif 35%! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!