Memulakan dagangan awal minggu ini lebih positif, US dolar kukuh sehingga pembukaan sesi New York pada Isnin semalam.
Pulih sedikit dari prestasi merosot minggu lalu, pengukuhan US dolar didorong oleh jangkaan untuk peningkatan lanjut kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan di sesi New York malam ini.
Jangkaan untuk angka indeks harga pengguna (CPI) AS untuk bulan Julai meningkat kepada 2.8% berkemungkinan boleh menahan bank pusat untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat bulan hadapan.
Pergerakan harga mula menunjukkan penurunan semula pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam setelah pengukuhan dipaparkan US dolar.
Cubaan kenaikan lemah harga sekadar mencapai paras sekitar 1.16700 sebelum harga menjunam jatuh mencecah paras tumpuan pada 1.16000.
Memberi reaksi menarik, harga kembali melantun dan mendatar sebelum mengakhiri dagangan sesi New York di atas zon 1.16000.
Harga bergerak perlahan masih di sekitar tersebut pada sesi Asia pagi ini (Selasa), namun telah memberi isyarat awal perubahan trend apabila harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Sekiranya berlaku kejatuhan ketara harga melepasi paras 1.16000, paras 1.15000 dilihat akan menjadi sasaran untuk diuji.
Masih melanjutkan penurunan lebih rendah, harga boleh mencecah semula ke zon support sebelum ini pada 1.14000.
Untuk situasi sebaliknya, kenaikan harga akan menghampiri semula zon rintangan yang diuji minggu lalu sekitar ketinggian 1.17000.
Melepasi rintangan itu akan mendorong harga catatkan paras ketinggian baharu 2 minggu sebelum sasaran beralih kepada 1.18000 untuk dicapai.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.