Pelabur bilionair terkenal, Warren Buffett, 94, semalam mengumumkan satu berita yang mengejutkan berkenaan persaraan beliau dari jawatannya di Berkshire Hathaway menjelang akhir 2025, dan secara rasmi menamakan Greg Abel, 62, sebagai penggantinya.
Dikenali sebagai “The Oracle of Omaha” kerana kebolehannya meramalkan tren pasaran, Buffett telah mengubah Berkshire Hathaway daripada sebuah syarikat tekstil sederhana menjadi konglomerat bernilai lebih $1 trilion.
Walaupun bakal mengundurkan diri, Buffet terus memberikan jaminan kepada pemegang saham bahawa beliau masih lagi akan “berada di sekeliling”, namun semua keputusan besar kini akan berada di tangan Abel.
Peralihan besar ini berlaku selepas syarikat tersebut melaporkan penurunan sebanyak 14% dalam keuntungan pada suku pertama.
Namun, dengan legasi Buffett yang kukuh, kepimpinan Abel mungkin bakal membawa perubahan yang baharu sekaligus menandakan era baru bagi gergasi pelaburan ini.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!