Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pemegang whale Bitcoin utama yang menyimpan Bitcoin selama tujuh tahun akhirnya menjual sebahagian pegangan untuk membuka ‘long position’ dalam Ethereum, selari dengan tindakan trend terbaru oleh pemegang-pemegang lama.
Menurut Lookonchain, whale tersebut menjual 670 Bitcoin bernilai $76 juta pada hari Rabu dan menggunakan hasilnya untuk membuka empat posisi berjumlah 68,130 ETH ($4,287).
Sebelum dijual, beliau memiliki 14,837 Bitcoin bernilai lebih $1.6 billion yang diperoleh daripada bursa Binance dan HTX sejak tujuh tahun lalu.
Tindakan tersebut berlangsung apabila harga Bitcoin telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa sekitar $124,128 pada 14 Ogos dan Ethereum pula memecahkan semula rekodnya pada 2021 sekitar $4,878.
Walau bagaimanapun, selepas kemasukkan modalnya ke token Ethereum, harganya merosot ke paras terendah $4,080 dan menyebabkan pembubaran sekitar $3,699 hingga $3,732.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, harga Ethereum turun 2.9% dan kini didagangkan sekitar $4,287 menurut CoinGecko.
























































