Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Yen susut hampir ke paras terendah rekod berbanding euro dan franc Switzerland apabila pasaran mentafsir nada berhati-hati Bank of Japan sebagai ketiadaan komitmen jelas untuk mengetatkan dasar secara agresif, walaupun kadar faedah dinaikkan ke paras tertinggi dalam tiga dekad.
Kelemahan mata wang itu berterusan walaupun hasil bon kerajaan Jepun jangka pendek melonjak ke paras tertinggi rekod, satu perkembangan yang biasanya menyokong yen tetapi kali ini gagal menarik minat pembeli.
Pegawai Jepun meningkatkan amaran mengenai kemungkinan campur tangan, dengan menyuarakan kebimbangan terhadap pergerakan mata wang yang mendadak dan sehala. Waima begitu pasaran kekal skeptikal terhadap keberkesanan langkah tersebut.
Tekanan tambahan datang daripada kebimbangan fiskal susulan pelan perbelanjaan kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri Sanae Takaichi, yang dilihat boleh memburukkan lagi kedudukan kewangan negara.
Penganalisis memberi amaran bahawa tanpa isyarat jelas mengenai pengurusan risiko fiskal, sebarang campur tangan pertukaran asing berkemungkinan tidak berkesan dan boleh meningkatkan ketidakstabilan pasaran bon serta yen.






















































