Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula menunjukkan tanda-tanda untuk melantun naik semula di penghujung minggu lepas.
Pada mulanya harga menunjukkan penurunan sebelum mendatar di bawah zon 1.34000 dengan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) diperhatikan memberi kesan terhadap mata wang US dolar dan Pound.
Namun penurunan lanjut tidak diteruskan apabila harga mula bergerak di atas zon 1.34000 semula.
Pada Jumaat, harga telah meningkat ke sekitar 1.34700 sebelum sedikit berundur untuk menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut lebih rendah.
Menyambung pembukaan sesi pertama di awal minggu ini, harga dilihat perlahan dan mendatar di atas zon 1.34000 sambil pelabur memerhati isyarat harga di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Laporan PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk UK dan AS pada minggu ini akan mempengaruhi pergerakan harga.
Sekiranya harga menunjukkan lantunan semula dari zon 1.34000, berkemungkinan paras pada Jumaat mampu diatasi dan kemudiannya harga akan menguji zon 1.35000.
Melepasi zon rintangan itu, kenaikan harga yang berjaya diteruskan akan mensasarkan pula 1.36000 selain menunjukkan isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas.
Sebaliknya jika harga susut di bawah 1.34000, pelabur akan melihat sebagai petanda untuk harga meneruskan penurunan lanjut dari corak sebelum ini.
Paras terendah terbaru 9 minggu bakal dicatatkan dengan jangkaan penurunan harga akan mencecah sekitar 1.33000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK