Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Kebanyakan selebriti bukan sahaja memiliki bakat luar biasa dalam kerjaya yang diceburi, malah mereka juga memiliki nilai kekayaan merangkumi wang, hartanah dan pelaburan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan.
Artikel ini akan mendedahkan beberapa selebriti terkenal di dunia yang memiliki nilai hartanah terbesar bagi tahun 2026.
Berikut adalah 5 selebriti dengan portfolio hartanah terbesar dunia pada 2026:-
1. Beyonce & Jay-Z
Pasangan penyanyi dan rapper terkenal ini memiliki portfolio hartanah terbesar dalam kalangan selebriti Hollywood dengan 7 hartanah bernilai $500 juta.
Lokasi hartanah mereka merangkumi banglo mewah di Beverly Hills, Los Angeles dan kawasan eksklusif lain di New York dan Louisiana.
Kediaman mereka menampilkan reka bentuk moden, kolam renang, studio muzik, dan ruang kehidupan yang serba mewah.
2. Lionel Messi
Messi merupakan salah seorang atlet dengan portfolio hartanah paling bernilai di dunia.
Pemain terbaik dunia itu memiliki 7 hartanah bernilai sekitar $232 juta yang terletak di Sepanyol, Argentina dan AS.
Kediaman beliau menampilkan reka bentuk kontemporari yang mewah, lengkap dengan kolam renang, gimnasium, serta kemudahan sukan peribadi.
3. David Beckham & Victoria Beckham
David Beckham dan isterinya, Victoria Beckham memiliki 5 hartanah bernilai $150 juta di London, Miami, Beverly Hills dan beberapa lokasi strategik di United Kingdom (UK) dan AS.
Hartanah mereka terkenal dengan reka bentuk elegan dan klasik, taman landskap yang luas, serta kemudahan untuk hiburan dan aktiviti sukan.
4. Oprah Winfrey
Oprah dilaporkan memiliki beberapa estet besar di Montecito, California, Maui, Hawaii dan beberapa lokasi lain di AS.
Pengacara dan penerbit terkenal tersebut dianggarkan mempunyai nilai portfolio hartanah yang mencecah ratusan juta dolar.
Hartanah berkenaan direka bagi mengekalkan tahap privasi yang tinggi dan menampilkan gabungan reka bentuk klasik dan moden, selaras dengan standard kediaman selebriti bertaraf antarabangsa.
5. Taylor Swift
Penyanyi terkenal Hollywood, Taylor Swift memiliki 8 buah rumah di New York, Los Angeles, Nashville dan Rhode Island dengan nilai portfolio dianggarkan berjumlah $150 juta.
Hartanah Taylor merangkumi rumah bandar (townhouse) bergaya di New York, banglo mewah di Los Angeles, serta rumah ladang eksklusif di Nashville.
Kawasan kediamannya dilengkapi dengan studio rakaman peribadi, ruang hiburan, kolam renang dan taman yang luas.
Kekayaan hartanah yang dimiliki oleh mereka bukanlah berdasarkan status kerjaya semata-mata, tetapi hasil usaha keras dalam mengukuhkan struktur kewangan.
Ironinya, hartanah mewah bukan sahaja mencerminkan simbol kejayaan, malah berfungsi sebagai pelaburan strategik yang nilainya terus meningkat setiap tahun.

























































