• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap

“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap

9 September 2026
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

13 November 2026
Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

13 November 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

13 November 2026
Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

13 November 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

12 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

12 November 2026
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Inflasi Eropah Cecah 4%, Pasaran Mula Jangka Kenaikan Kadar Tambahan?

12 November 2026
Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

12 November 2026
Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

12 November 2026
Harga Minyak Susut! Pengeluaran Timur Tengah Melonjak

Harga Minyak Susut! Pengeluaran Timur Tengah Melonjak

12 November 2026
Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

12 November 2026
Apa Nasib Bitcoin & XRP Selepas FOMC Malam Ini?

Jangkaan Fed Naikkan Kadar, BTC & XRP Terus Dibayangi Risiko

12 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 13 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

    Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    Inflasi Eropah Cecah 4%, Pasaran Mula Jangka Kenaikan Kadar Tambahan?

    Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

    Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

    Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

    Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Keyakinan Perniagaan Kecil Jatuh Lagi! Apa Maksudnya untuk Ekonomi A.S.?

    Dari Jenama Mewah Ke Kedai Jimat! Bank of America Dedah Gelombang 2021 Berulang

    Fed, BOE & ECB Beri Isyarat Kenaikan Kadar Faedah

    Fed, BOE & ECB Beri Isyarat Kenaikan Kadar Faedah

    Minyak Merosot, Konflik Iran Belum Reda

    Minyak Merosot, Konflik Iran Belum Reda

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    Apa Nasib Bitcoin & XRP Selepas FOMC Malam Ini?

    Jangkaan Fed Naikkan Kadar, BTC & XRP Terus Dibayangi Risiko

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Jatuh ke Paras Terendah 3 Bulan, Apa Yang Menekan Pasaran Kripto?

    BTC & XRP Terus Tertekan, Hasil Bon AS Jadi Tumpuan

    CPI AS Lebih Panas, BTC & XRP Terus Diburu Penjual?

    Ramalan Bitcoin & XRP: Ke Mana Arah Seterusnya?

    BTC Gagal Ikuti Lonjakan Wall Street, XRP Menghampiri Paras AS$1

    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Pelbagai

“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap

Team INTRADAY by Team INTRADAY
9 September 2026
in Artikel Pelbagai
0
“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap
242
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Pada mulanya, modal dalam akaun berjumlah RM4,000. Selepas beberapa posisi yang tidak menjadi, baki berkurang kepada RM2800.

Ketika itu, matlamat trader mula berubah.

Dia tidak lagi memikirkan sama ada setup yang muncul benar-benar berkualiti. Dia juga tidak lagi bertanya sama ada keadaan market sesuai untuk membuka posisi.

Dalam kepalanya hanya ada satu perkara:

“Aku tak mahu profit banyak. Aku cuma nak balik modal.”

Ayat itu kedengaran sederhana dan tidak tamak. Namun, bagi seorang trader yang sedang beremosi, ia boleh menjadi permulaan kepada keputusan yang lebih berbahaya.

Apabila Trading Berubah Menjadi Misi Membalas Kerugian

Sebelum mengalami loss, seseorang trader mungkin masih mempunyai trading plan. Dia menunggu setup, menjaga lot dan menerima bahawa tidak semua peluang perlu diambil.

Selepas kerugian berlaku, fokusnya beralih daripada mencari peluang yang baik kepada mendapatkan semula duit yang hilang. Setiap pergerakan market mula dilihat sebagai peluang untuk “membayar balik” kerugian sebelumnya.

Masalahnya, market tidak pernah berhutang dengan kita.

Market tidak tahu harga entry kita, jumlah kerugian yang dialami atau berapa banyak yang diperlukan untuk kembali kepada modal asal. Ia juga tidak peduli sama ada kita mahu mendapatkan semula duit tersebut hari ini, minggu ini atau sebelum hujung bulan.

Keinginan untuk balik modal hanyalah matlamat peribadi. Ia bukan alasan yang sah untuk membuka sesuatu posisi.

“Satu Trade Lagi, Lepas Itu Aku Berhenti”

Selepas mengalami kerugian, ramai trader tidak terus melakukan kesilapan besar. Mereka biasanya bermula dengan satu keputusan kecil:

“Aku masuk satu trade lagi.”

Jika trade itu menang, mereka merasakan kerugian boleh ditebus dengan cepat. Jika trade itu turut mengalami loss, emosi menjadi lebih kuat dan jumlah lot mula dibesarkan.

Satu trade bertukar menjadi dua. Dua trade bertukar menjadi lima.

Setup yang tidak lengkap mula diterima. Posisi dibuka terlalu awal dan stop loss pula dialihkan kerana trader tidak sanggup menerima satu lagi kerugian.

Pada tahap ini, seseorang itu bukan lagi trade berdasarkan keadaan market. Dia sedang trade berdasarkan jumlah wang yang mahu diperoleh semula.

Loss Lama Mula Mengawal Trade Baharu

Setiap trade sepatutnya dinilai sebagai keputusan yang berasingan. Namun, apabila terlalu fokus untuk balik modal, kerugian lama akan dibawa masuk ke dalam posisi baharu.

Contohnya, seorang trader baru sahaja rugi RM300. Apabila setup seterusnya muncul, dia tidak lagi melihat potensi dan risiko posisi itu secara objektif.

Dia melihat trade tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula RM300.

Disebabkan mahu mencapai jumlah itu dengan lebih cepat, lot yang digunakan mungkin menjadi lebih besar daripada biasa. Take profit diletakkan berdasarkan jumlah duit yang diperlukan, bukannya struktur market.

Jika posisi bergerak sedikit ke arah yang salah, dia mula panik kerana merasakan peluang untuk balik modal sedang hilang. Jika posisi bergerak ke arah yang betul pula, dia mungkin enggan mengambil profit kerana jumlahnya masih belum cukup untuk menutup kerugian lama.

Akhirnya, trade baharu yang sepatutnya tidak mempunyai kaitan dengan loss sebelumnya menjadi mangsa kepada emosi lama yang masih belum diselesaikan.

Kenapa Trader Sanggup Memegang Posisi Rugi Terlalu Lama?

Apabila sesuatu posisi berada dalam kerugian, menutupnya bermaksud mengakui bahawa keputusan yang dibuat tidak menjadi.

Selagi posisi belum ditutup, masih ada harapan bahawa harga akan berpatah balik. Floating loss membuatkan trader berasa kerugian itu belum benar-benar berlaku.

Disebabkan itu, ada yang sanggup mengalihkan stop loss, menambah posisi atau membiarkan akaun menanggung floating lebih besar. Mereka bukan semestinya percaya analisis masih tepat, tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa duit tersebut sudah hilang.

Sebaliknya, apabila posisi mula menghasilkan sedikit profit, ia cepat-cepat ditutup kerana takut keuntungan itu hilang semula.

Hasilnya, trade yang menang ditutup terlalu awal, manakala trade yang rugi dibiarkan terlalu lama.

Bukan kerana strategi mengarahkan begitu, tetapi kerana emosi mahu melindungi diri daripada rasa sakit.

Semakin Besar Loss, Semakin Sukar Untuk Pulih

Kerugian tidak pulih dalam kadar yang sama.

Jika modal RM1,000 berkurang sebanyak 10% kepada RM900, akaun memerlukan keuntungan sekitar 11.1% untuk kembali kepada RM1,000.

Jika modal itu berkurang sebanyak 50% kepada RM500, trader memerlukan keuntungan sebanyak 100% hanya untuk kembali kepada modal asal.

Inilah sebabnya tindakan membesarkan lot selepas mengalami kerugian sangat berbahaya. Semakin besar kerugian, semakin kuat tekanan untuk mengambil risiko lebih tinggi. Namun, risiko yang lebih tinggi juga boleh menyebabkan baki akaun berkurang dengan lebih pantas.

Trader merasakan dia sedang mempercepatkan proses pemulihan. Sebenarnya, dia mungkin sedang mempercepatkan kemusnahan akaun.

Balik Modal Bukan Trading Plan

Trading plan sepatutnya menerangkan keadaan yang membolehkan seseorang membuka posisi, jumlah risiko yang sanggup diterima dan bila sesuatu analisis dianggap tidak lagi tepat.

“Aku nak balik modal” tidak menjawab mana-mana perkara tersebut.

Ia tidak memberitahu arah market. Ia tidak menjadikan setup lebih kuat dan tidak mengurangkan risiko.

Ia hanya menerangkan keadaan emosi seorang trader yang masih belum menerima kerugian sebelumnya.

Selagi objektif utama ialah menghapuskan rasa sakit akibat loss, setiap keputusan selepas itu mudah dipengaruhi oleh rasa marah, takut dan terdesak.

Profit Tidak Semestinya Menamatkan Kitaran

Ada kalanya trader berjaya mendapatkan semula modal selepas melakukan revenge trade. Dia mungkin membesarkan lot, membuka beberapa posisi dan akhirnya market bergerak memihak kepadanya.

Masalahnya, kejayaan itu boleh mengajar satu pelajaran yang salah.

Trader mula percaya bahawa membesarkan lot selepas rugi ialah cara yang berkesan. Dia juga percaya bahawa jika posisi dibiarkan cukup lama, market akhirnya akan berpatah balik.

Tabiat berbahaya itu akan diulangi pada masa hadapan kerana pernah berjaya sekali.

Kali berikutnya, market mungkin tidak kembali.

Sebab itu, profit tidak semestinya membuktikan sesuatu keputusan itu betul. Seseorang boleh memperoleh keuntungan daripada tindakan yang sangat berisiko, tetapi keputusan tersebut masih boleh membawa kerugian besar jika terus diulang.

Cara Keluar Daripada Perangkap “Balik Modal”

Langkah pertama ialah menerima bahawa duit yang sudah rugi tidak boleh dijadikan sasaran untuk trade seterusnya.

Trade baharu perlu dinilai berdasarkan peluang dan risikonya sendiri, bukan berdasarkan jumlah kerugian lama. Jika tiada setup yang jelas, tiada sebab untuk membuka posisi walaupun akaun masih belum kembali kepada modal asal.

Antara perkara yang boleh membantu ialah:

  • Menetapkan had kerugian harian sebelum mula trade
  • Berhenti seketika selepas beberapa loss berturut-turut
  • Tidak membesarkan lot semata-mata untuk mempercepatkan pemulihan
  • Merekod sebab setiap entry di dalam jurnal
  • Menilai kualiti keputusan, bukan sekadar jumlah profit
  • Menerima bahawa ada kerugian yang memerlukan masa untuk dipulihkan
  • Menutup platform apabila emosi mula mengawal tindakan

Berhenti selepas rugi bukan bermaksud lemah. Ia bermaksud trader masih mempunyai kawalan terhadap dirinya sendiri.

Modal yang masih ada lebih penting daripada ego yang mahu membuktikan bahawa analisis sebelumnya betul.

Trader Matang Tidak Mengejar Duit yang Sudah Hilang

Trader yang lebih matang masih mahu memperoleh keuntungan. Namun, mereka memahami bahawa market tidak boleh dipaksa mengikuti keperluan kewangan atau emosi mereka.

Mereka tidak meningkatkan risiko hanya kerana mahu menutup kerugian sebelum hujung minggu. Mereka juga tidak membuka posisi semata-mata kerana baki akaun masih belum kembali kepada angka tertentu.

Fokus mereka adalah untuk membuat keputusan yang betul berdasarkan maklumat yang ada. Hasil daripada satu trade mungkin profit atau loss, tetapi prosesnya perlu kekal konsisten.

Inilah perbezaan antara cuba mengambil peluang daripada market dengan cuba memaksa market membayar semula kerugian kita.

Bina Semula Cara Melihat Trading

Jika ayat “aku cuma nak balik modal” sering bermain dalam fikiran, mungkin masalah sebenar bukan kekurangan setup atau indikator.

Mungkin sudah tiba masanya untuk membina semula cara kita memahami market, mengurus risiko dan membuat keputusan ketika berada di bawah tekanan.

Keahlian HUSTLE24HOUR 2026 kini dibuka kepada trader yang mahu belajar melihat market dengan lebih tersusun dan tidak terus bergantung kepada emosi, signal atau entry orang lain.

Antara fokus pembelajaran dan perbincangan di dalam HUSTLE24HOUR termasuk:

  • Fundamental dan sentimen market
  • Cara memahami cerita di sebalik pergerakan harga
  • Gabungan fundamental dengan analisis teknikal
  • Teknik Moshed Magic Line
  • Pengurusan risiko dan disiplin
  • Persediaan sebelum menghadapi market
  • Sesi Zoom serta bedah market bersama Tuan Moshed dan komuniti

HUSTLE24HOUR bukan group signal, program copy trade atau jalan pintas untuk mendapatkan semula duit yang sudah rugi. Program ini juga tidak menjanjikan keuntungan.

Ia merupakan ruang pembelajaran untuk membantu trader membina kefahaman dan proses sendiri sebelum mengambil sesuatu risiko.

Jika tujuan anda hanya mahu mencari entry cepat untuk balik modal, HUSTLE24HOUR mungkin bukan untuk anda.

Namun, jika anda mahu berhenti mengulangi keputusan yang sama setiap kali mengalami loss, anda boleh melihat butiran lanjut melalui pautan di bawah.

👉 Lihat Butiran HUSTLE24HOUR 2026

“Aku cuma nak balik modal” kedengaran seperti satu matlamat.

Tetapi apabila ayat itu mula menentukan lot, entry dan tahap risiko, ia bukan lagi matlamat.

Ia sudah menjadi perangkap.

HUSTLE24HOUR ialah program pembelajaran dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Tags: Belajar Forexforex traderXAUUSD
ShareTweetSend

Related Posts

Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

by Team INTRADAY
12 November 2026
0

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Nvidia, Jensen Huang, mengumumkan pengundurannya daripada jawatan tertinggi syarikat gergasi semikonduktor bernilai $4 trilion...

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

by Team INTRADAY
30 October 2026
0

Berita besar sudah keluar. Sekarang masa untuk bedah reaksi pasaran. Malam ini, sertai Intraday Education secara bersemuka untuk sesi perbincangan...

Emas Junam Ke Paras $2,020, Sikit Pun Tak Goyang!

XAU/USD Melantun Walaupun CPI Tinggi?

by Team INTRADAY
15 October 2026
0

Harga emas meningkat 0.99% kepada $4,145 setakat dagangan terkini, meskipun bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan...

Tak Masuk Takut Tertinggal, Dah Masuk Takut Rugi

Tak Masuk Takut Tertinggal, Dah Masuk Takut Rugi

by Team INTRADAY
15 September 2026
0

Mula-mula buka chart sekadar mahu tengok. Tiba-tiba harga mula bergerak laju. Candle semakin panjang, group Telegram semakin bising dan media...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

12 November 2026
Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

12 November 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

12 November 2026
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

0
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

0
Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

0
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

13 November 2026
Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

13 November 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

13 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.