Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Industri kewangan global mungkin bakal memasuki era baharu. David Sacks, ‘crypto czar’ White House, mendedahkan bahawa bank tradisional dan syarikat kripto akhirnya akan bergabung menjadi satu industri aset digital walaupun dahulunya dianggap mustahil.
Bercakap dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Sacks berkata perkara itu hanya menunggu satu perkara penting iaitu kelulusan undang-undang kripto AS yang sudah lama tertangguh.
Undang-undang ini bertujuan menetapkan struktur pasaran yang jelas untuk industri kripto di Amerika Syarikat.
Namun, ada satu isu besar yang melambatkan segalanya iaitu stablecoin dan ‘yield’.
Perdebatan timbul sama ada penerbit stablecoin patut dibenarkan memberi pulangan kepada pengguna.
Bank bimbang ia akan bersaing dengan deposit tradisional, manakala industri kripto menganggap yield sebagai nadi inovasi.
Menurut Sacks, semua pihak perlu berkompromi. Katanya, selepas undang-undang diluluskan, bank sendiri akan terjun sepenuhnya ke dunia kripto, termasuk mengeluarkan stablecoin.
Namun, apabila itu berlaku, bank akan mula menyukai idea membayar yield kerana ia menjadi sebahagian daripada model perniagaan mereka.
Oleh itu, tiada lagi ‘bank vs kripto’ dan masa depan kewangan adalah satu industri aset digital, dan perubahan itu mungkin lebih dekat daripada yang disangka.

























































