Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Jamie Dimon, CEO kepada JPMorgan Chase, tampil dengan pendirian yang jelas iaitu menyokong teknologi di sebalik kripto, tetapi menolak spekulasi yang mengelilinginya.
Dalam satu persidangan di Washington, Dimon menegaskan bahawa beliau percaya kepada blockchain, namun tidak kepada spekulasi kripto seperti Bitcoin.
Baginya, blockchain adalah teknologi masa depan yang mampu merevolusikan sistem kewangan global melalui kecekapan dalam pemindahan data, wang serta pelaksanaan smart contract.
Malah, JPMorgan sendiri telah membuktikan keyakinan tersebut dengan membangunkan platform blockchain mereka, Kinexys, yang mengendalikan transaksi bernilai berbilion dolar setiap hari.
Selain itu, bank gergasi itu turut memperkenalkan JPM Coin yang digunakan untuk pembayaran rentas sempadan dan transaksi kewangan institusi.
Namun, pandangan Dimon terhadap Bitcoin kekal kritikal.
Beliau pernah menyifatkan aset itu seperti ‘pet rock’, sesuatu yang tidak mempunyai nilai intrinsik.
Lebih kontroversi, beliau juga mengaitkan penggunaan kripto dengan aktiviti jenayah, walaupun tetap mempertahankan hak individu untuk melabur dalam aset tersebut.
Di sebalik perdebatan kripto, Dimon melihat AI sebagai kuasa sebenar yang sedang mengubah dunia.
JPMorgan kini melaburkan sebahagian besar bajet teknologinya ke dalam pembangunan AI, walaupun beliau memberi amaran bahawa perkembangan terlalu pantas boleh membawa risiko kepada kestabilan sosial.























































