Kadar pertumbuhan ekonomi (KDNK) benar Amerika Syarikat bagi suku pertama tahun 2026 disemak naik secara mendadak kepada 2.1% pada kadar tahunan. Laporan rasmi daripada Biro Analisis Ekonomi (BEA) pada hari Khamis membuktikan rantaian fundamental makroekonomi AS berada dalam posisi yang jauh lebih kukuh berbanding unjuran data awal pasaran yang menetapkan angka sekitar 1.6%.
Pemacu utama kepada lonjakan data makro ini adalah disebabkan oleh penurunan ketara pada angka import negara. Di bawah sistem perakaunan ekonomi nasional, pengecilan jumlah import bertindak mengurangkan nilai penolak KDNK bersih, sekali gus menolak angka pertumbuhan akhir melonjak naik walaupun sebahagian kecilnya terpaksa diimbangi oleh penguncupan komitmen perbelanjaan runcit pengguna.
Pertumbuhan sebanyak 2.1% ini menandakan kebangkitan semula momentum ekonomi yang besar jika dibandingkan dengan prestasi hambar suku keempat tahun 2025 yang sekadar berkembang pada kadar 0.5%. Struktur lonjakan KDNK suku pertama ini disokong secara saksama oleh empat paksi fundamental utama: pelaburan korporat, aktiviti eksport bersih, perbelanjaan kerajaan Persekutuan, serta daya tahan perbelanjaan domestik.
Dari sudut pecahan industri, sektor kerajaan merekodkan lonjakan nilai tambah benar tertinggi sebanyak 7.5%, diikuti oleh industri pengeluaran barangan swasta sekuat 4.5%. Peneraju utama pertumbuhan ini diterajui oleh sektor maklumat digital, agensi kerajaan persekutuan, perkhidmatan saintifik dan teknikal, serta pembuatan barangan tahan lama, manakala sektor perdagangan borong, peruncitan, serta kewangan bertindak sebagai pemberat utama.
Walau bagaimanapun, laporan BEA turut mendedahkan indikator amaran di mana metrik jualan akhir benar kepada pembeli domestik swasta yang menjadi kayu ukur bagi permintaan dalaman asas—disemak turun sebanyak 0.7 mata peratusan kepada kadar 1.7%. Sebaliknya, Pendapatan Dalam Negara Kasar (GDI) benar mencatatkan peningkatan kepada 1.2%, meletakkan purata keseluruhan antara GDP dan GDI benar berkembang stabil pada kadar 1.7%.
Lonjakan angka KDNK ke paras 2.1% ini secara tidak langsung memberikan “perisai politik” serta ruang bernafas untuk Rizab Persekutuan (Fed) begai mengekalkan kaadar yang lebih tinggi Memandangkan rantaian fundamental utama tidak menunjukkan sebarang isyarat kemelesetan ekonomi yang mendadak, bank pusat dijangka tidak akan tergesa-gesa untuk melancarkan siri pemotongan kadar faedah. Sebaliknya, unjuran ekonomi yang kukuh ini membolehkan Fed di bawah pimpinan Kevin Warsh untuk terus menumpukan keseluruhan meriam monetari mereka bagi menawan ancaman inflasi tegar.





















































