• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Diesel Di Sekat Amerika! Dunia Bakal Berebut Bekalan?

Diesel Di Sekat Amerika! Dunia Bakal Berebut Bekalan?

24 September 2026
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

6 November 2026
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

6 November 2026
Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

6 November 2026
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

6 November 2026
Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

6 November 2026
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

5 November 2026
Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

5 November 2026
Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

5 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Sunday, 8 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

    Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

    Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

    Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

    BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Isu Semasa

Diesel Di Sekat Amerika! Dunia Bakal Berebut Bekalan?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
24 September 2026
in Isu Semasa
0
Diesel Di Sekat Amerika! Dunia Bakal Berebut Bekalan?
623
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Harga diesel global sudah berada pada paras yang sangat tinggi. Kini muncul satu perkembangan baharu yang boleh menambahkan tekanan kepada pasaran tenaga dunia.

Pentadbiran Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan sekatan eksport diesel dari Amerika Syarikat selama 90 hari selepas harga diesel domestik AS melonjak ke rekod lebih US$6.50 segelen. Namun, penting untuk difahami bahawa larangan itu belum dilaksanakan dan White House telah menafikan laporan bahawa pelan larangan 90 hari sudah disediakan.

Trump sendiri sebelum ini menyatakan sokongan terhadap idea mengehadkan eksport diesel, manakala Setiausaha Tenaga AS Chris Wright berkata larangan menyeluruh bukan penyelesaian yang berkesan.

Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Kenapa Amerika Nak Sekat Diesel?

Masalahnya bermula daripada kekurangan bekalan diesel global.

Perang di Iran telah mengganggu aliran tenaga dari Timur Tengah, manakala serangan Ukraine terhadap kemudahan penapisan Rusia turut mengurangkan bekalan diesel dunia.

Rusia pula menghentikan eksport diesel pada Julai selepas serangan dron Ukraine terhadap kilang penapisnya. Pada masa sama, eksport bahan api dari Timur Tengah masih jauh lebih rendah berbanding sebelum krisis.

Akibatnya, Amerika kini menghadapi tekanan harga diesel yang sangat tinggi.

Diesel bukan hanya digunakan oleh lori.

Ia penting untuk traktor, mesin pertanian, kereta api, kapal, pembinaan, kilang dan sistem logistik.

Sebab itu kenaikan diesel boleh merebak kepada kos pengangkutan dan akhirnya harga makanan serta barangan pengguna.

Trump Mahu Bekalan Kekal Dalam Amerika

Logiknya mudah.

Jika Amerika mengurangkan eksport diesel, lebih banyak bekalan boleh kekal dalam pasaran domestik.

Ini berpotensi membantu menurunkan harga diesel untuk pengguna Amerika dalam jangka pendek.

Tekanan politik terhadap pentadbiran Trump juga semakin besar menjelang pilihan raya pertengahan penggal November, ketika harga bahan api menjadi isu kepada petani, pengangkut dan pengguna.

Namun, langkah ini mempunyai risiko besar kepada pasaran global.

Brazil Antara Negara Paling Terjejas

Brazil kini merupakan antara pembeli terbesar diesel AS.

Keadaan ini berlaku ketika musim penanaman Brazil bermula dan permintaan diesel meningkat kerana petani memerlukan bahan api untuk traktor dan lori.

Jika bekalan AS tiba tiba hilang, Brazil perlu mencari sumber alternatif pada ketika pasaran diesel global sendiri sudah ketat.

Chile, Mexico, United Kingdom dan Belanda juga merupakan antara penerima utama diesel AS dalam tempoh semasa.

Ini bermakna isu tersebut bukan lagi masalah Amerika sahaja.

Ia boleh menjadi masalah bekalan kepada beberapa negara lain.

Eropah Pun Boleh Terkena Tempias

Eropah semakin bergantung kepada bekalan diesel AS untuk menggantikan sebahagian bekalan yang hilang dari Timur Tengah dan Rusia.

Jika eksport AS dihentikan, pembeli Eropah perlu berebut kargo dari sumber lain.

Permintaan tambahan ini boleh menolak harga diesel Eropah lebih tinggi.

Kesan tersebut juga boleh merebak kepada produk petroleum lain apabila kilang penapis Eropah cuba menghasilkan lebih banyak diesel bagi menampung kekurangan.

Masalahnya, Amerika Sendiri Boleh Terkena

Ini bahagian yang paling menarik.

Sekatan eksport tidak semestinya bermaksud harga diesel Amerika akan terus turun.

Jika kilang penapis AS kehilangan pasaran eksport, mereka mungkin mengurangkan kadar operasi kerana tiada ruang mencukupi untuk menyimpan lebihan diesel.

Pengurangan operasi kilang pula boleh mengurangkan pengeluaran diesel serta petrol dan bahan api jet.

Chris Wright sendiri berkata larangan eksport secara menyeluruh boleh menyebabkan pengeluaran penapisan AS dikurangkan dan akhirnya memberi tekanan kepada harga bahan api lain.

Sebab itu industri penapisan menentang idea tersebut.

Harga Diesel Dunia Sudah Dalam Zon Bahaya

Pasaran diesel global memang sudah berada dalam keadaan ketat.

Amerika kini menjadi pembekal penting kerana aliran diesel dari Rusia dan Timur Tengah terganggu. Eksport diesel AS pula pernah mencecah hampir 2 juta tong sehari pada musim panas ini.

Sebab itu berita mengenai sekatan eksport sahaja sudah cukup untuk menggerakkan pasaran.

Selepas laporan mengenai kemungkinan larangan 90 hari muncul, diesel futures AS jatuh lebih 7% pada satu ketika, manakala kontrak gasoil Eropah melonjak.

Pasaran jelas melihat kemungkinan bekalan AS disimpan di dalam negara sebagai faktor yang berbeza kesannya mengikut rantau.

Apa Maksudnya Untuk Malaysia?

Malaysia bukan penerima utama diesel AS seperti Brazil atau UK.

Namun, Malaysia tetap terdedah kepada harga diesel global dan kos produk petroleum, terutama jika pembeli besar seperti Brazil dan Eropah mula mencari sumber alternatif.

Apabila lebih banyak negara berebut bekalan yang sama, harga global boleh mendapat tekanan.

Dan apabila kos diesel meningkat, kesannya boleh masuk ke dalam kos lori, logistik, pertanian, perikanan, pembinaan dan penghantaran barang.

Jadi isu ini perlu dilihat sebagai masalah rantaian bekalan, bukan sekadar harga minyak di Amerika.

Trader Perlu Pantau Diesel, Bukan Minyak Mentah Sahaja

Untuk trader komoditi, perhatian tidak boleh hanya diberikan kepada Brent dan WTI.

Diesel futures AS, European gasoil, margin penapisan dan aliran eksport AS kini semakin penting.

Untuk Forex, kenaikan kos tenaga boleh meningkatkan tekanan inflasi dan mengubah jangkaan kadar faedah.

Untuk saham pula, syarikat tenaga dan penapisan boleh menerima kesan berbeza berbanding sektor yang sangat bergantung kepada bahan api seperti pengangkutan, penerbangan, logistik, pertanian dan industri.

Bagi Malaysia, trader perlu melihat kesan kepada ringgit, kos tenaga, sektor pengangkutan, tenaga dan syarikat berkaitan komoditi.

Yang paling penting sekarang: Amerika belum mengharamkan eksport diesel. Tetapi jika sekatan benar benar dilaksanakan, dunia perlu berebut bekalan diesel yang memang sudah ketat.

Dan itulah risiko yang sedang diperhatikan pasaran sekarang.

Tags: amerikakomoditiMinyak Dieselminyak naikPerang
ShareTweetSend

Related Posts

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Harga emas dunia meneruskan penurunan pada Jumaat apabila kembali diniagakan di bawah paras AS$4,050 seauns susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat...

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Harga minyak mentah dunia kembali meningkat pada Khamis selepas mengalami penurunan mendadak susulan kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan...

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Apa yang berlaku semalam? Dolar melemah berbanding kebanyakan mata wang utama, sementara bon Perbendaharaan AS mengekalkan kenaikan. Minyak AS kembali...

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

by Team INTRADAY
5 November 2026
0

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Faedah Utama (OPR) pada paras 2.75% selepas Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

0
Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

0
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

0
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

6 November 2026
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

6 November 2026
Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

6 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.