Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Selepas drama ‘Hawkish Drift’ daripada Federal Reserve (Fed) yang mula menjauhkan diri daripada naratif pemotongan kadar faedah, tumpuan pelabur kini beralih kepada kesihatan pasaran buruh AS.
Minggu ini sangat kritikal, rakyat Amerika mula rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak (Petrol Pinch) akibat konflik di Iran, data Nonfarm Payrolls (NFP) pada Jumaat ini akan menjadi penentu sama ada USD akan terus mendominasi pasaran atau mula menunjukkan keretakan.
SELASA (31 Mac 2026)
Keyakinan Pengguna CB (10:00 Malam) – Pasaran menjangkakan angka sekitar 106.0. Namun, dengan kos tenaga yang melonjak, ada risiko angka ini keluar lebih rendah.
Jika data merosot jauh di bawah jangkaan seperti naratif kejatuhan sentimen pengguna) ia mungkin membendung kenaikan USD buat seketika. Namun, jika angka kekal kukug di atas 106, ia mengesahkan rakyat AS masih berbelanja dan memberi lampu hijau untuk Fed mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama.
RABU (1 April 2026)
ISM Manufacturing PMI (10 Malam)– Indikator utama bagi sektor pembuatan. Ramalan pasaran adalah 51.5.
Angka di atas 50.0 menunjukkan ekspansi. Jika data keluar lebih kuat melebih 52 mata, USD akan mendapat momentum tambahan kerana ia membuktikan ekonomi AS tidak terkesan dengan tekanan geopolitik, sekaligus menekan harga emas ke bawah.
Khamis (2 April 2026)
Initial Jobless Claims (8.30 Malam)– Data mingguan untuk melihat keretakan awal dalam pasaran buruh. Ramalan adalah 215,000.
Sebarang lonjakan mendadak melebihi 230,000 akan mencetuskan kebimbangan bahawa ‘neutral rate trap’ mula memakan diri, dan ini boleh memberi ruang untuk emas (Safe Haven) membuat kenaikan teknikal.
Jumaat (3 April 2026)
Nonfarm Payrolls (NFP) & Kadar Pengangguran (8.30 Malam)– Inilah data tumpuan yang dinantikan pada minggu ini. Pasaran meramalkan pertambahan sebanyak 60,000 pekerjaan dengan kadar pengangguran kekal di paras 4.4%.
Jika NFP keluar jauh lebih tinggi daripada ramalan dan kadar pengangguran kekal atau menurun, USD dijangka akan melonjak tinggi. Ini mengesahkan naratif “Higher for Longer” dan menutup peluang untuk pemotongan kadar faedah dalam masa terdekat.
Namun, andai kata NFP mencatatkan angka negatif atau jauh di bawah 60k, pasaran akan panik tentang risiko kemelesetan. Emas bakal memacu kenaikan mendadak sebagai aset selamat manakala USD mungkin dijual (sell-off) secara besar-besaran.
Walaupun sentimen pengguna agak goyah akibat faktor luaran seperti minyak & geopolitik, pasaran buruh tetap menjadi tunjang utama kekuatan USD. Selagi data buruh tidak menunjukkan tanda-tanda “collapse”, sebarang penurunan USD adalah peluang untuk buy on dip kerana Fed kini lebih cenderung ke arah Hawkish Agnosticism.

























































