Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Elon Musk mengumumkan pelancaran X Money, sistem pemindahan wang baharu di platform X (dahulu Twitter), yang dijadualkan pada bulan April.
X Money bakal menjadi dompet digital asli platform ini, membolehkan pengguna mengurus wang dengan lebih mudah, dari memindahkan dana secara peer-to-peer hingga membayar bil harian dan semuanya di hujung jari.
Apa yang menarik, X Money menawarkan faedah menarik seperti 6% pulangan baki akaun dan cashback melalui kad debit fizikal atau maya, menjadikannya lebih daripada sekadar dompet digital biasa.
Dengan kerjasama bersama Visa dan lesen daripada lebih 40 negeri di Amerika Syarikat, sistem ini bakal memulakan operasi dengan wang fiat terlebih dahulu, sambil merancang untuk memperkenalkan mata wang kripto kemudian tahun ini.
X Money kini membolehkan perdagangan saham dan kripto secara masa nyata terus dalam suapan pengguna melalui ‘Smart Cashtags’ seperti BTCUSD untuk Bitcoin dan ETHUSD untuk Ethereum.
Tambahan pula, kerjasama dengan Visa akan membolehkan pemindahan wang global segera menggunakan USDC stablecoin, sekali gus menjadikannya sangat praktikal untuk pengguna di seluruh dunia.
Namun, seperti semua inovasi besar, X Money tidak lepas daripada kritikan.
Ada kebimbangan bahawa akaun yang ditandakan mungkin menghadapi pembekuan dana, isu yang menjadi perhatian ramai pengguna sebelum pelancaran rasmi.























































