Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Elon Musk terus menggabungkan idea inovatif dengan teknologi canggih. Kali ini, syarikat AI miliknya, xAI, sedang mencari seorang pakar kripto untuk melatih sistem AI mereka memahami selok-belok pasaran mata wang kripto.
Menurut iklan jawatan terbaru, calon akan membantu AI xAI menganalisis data onchain, menilai token, dan memahami strategi pedagang sebenar.
Tugas ini termasuk menyediakan data teks, suara, dan video, serta menyelesaikan masalah kompleks seperti fragmented liquidity dan MEV-related risks yang selalu menanti dalam pasaran kripto.
Kerja ini sepenuhnya jarak jauh dan menawarkan bayaran antara $45 hingga $100 sejam, bergantung pengalaman.
Menurut Sumit Gupta, CEO CoinDCX, langkah ini menunjukkan masa depan adalah gabungan AI dan kripto.
Musk nampaknya mahu menjadikan xAI sebagai platform penyelidikan utama untuk komuniti kripto, sama seperti X (dahulu Twitter) menjadi tempat hangout utama pedagang kripto.
Selain itu, Musk turut merancang melancarkan X Chat, aplikasi mesej berdikari dengan enkripsi peer-to-peer, serta memperkenalkan ciri Smart Cashtags yang memaparkan harga terkini kripto dan saham, berita, perbincangan, dan info smart contract.
Dengan langkah ini, Elon Musk bukan sahaja ingin memanfaatkan kepintaran AI, tetapi juga membawa komuniti kripto dan penyelidikan pasaran ke tahap baru.
Masa depan AI dan kripto nampaknya semakin rapat!






















































