Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bullion mencatatkan prestasi pemulihan yang memberangsangkan dengan kenaikan 3% apabila Presiden Iran Masoud Pezeshkian memberi bayangan bahawa pihak mereka bersedia untuk membuka pintu rundingan bagi menamatkan perang.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $4,709 iaitu naik kira-kira 0.90% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Harga emas mendapat sokongan apabila spekulasi penurunan mendorong minat belian dalam kalangan pedagang, disokong lagi oleh kejatuhan hasil bon Perbendaharaan AS. Hasil nota 10 tahun AS susut empat mata asas kepada 4.31%, sekali gus menekan nilai dolar Amerika Syarikat apabila Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.58% kepada 99.91.
Perkembangan geopolitik turut mempengaruhi sentimen pasaran apabila laporan menyatakan Presiden AS Donald Trump bersedia menamatkan kempen terhadap Iran walaupun Selat Hormuz masih sebahagiannya ditutup.
Pada masa sama, Iran memberi isyarat tidak mahu peperangan, namun kekal bersedia menamatkannya dengan syarat jaminan keselamatan dipenuhi.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth memaklumkan rundingan damai kini aktif dan semakin menunjukkan kemajuan, dengan keutamaan diberikan kepada penyelesaian melalui perjanjian.
Dari sudut ekonomi, data Amerika Syarikat menunjukkan tanda-tanda kelemahan dalam pasaran buruh. Laporan JOLTS mencatatkan pembukaan pekerjaan pada Februari menurun kepada 6.882 juta berbanding 7.24 juta sebelumnya, serta lebih rendah daripada jangkaan 6.92 juta.
Walaupun Indeks Keyakinan Pengguna oleh The Conference Board meningkat kepada 91.8 pada Mac daripada 91.0 sebelumnya, pengguna masih menjangkakan tekanan harga berterusan, terutamanya dipacu oleh kenaikan kos tenaga.
Sementara itu, Presiden Fed Kansas City Jeffrey Schmid memberi amaran bahawa lonjakan harga tenaga tidak boleh dianggap sementara dan berisiko mengekalkan tekanan inflasi. Kenyataan tersebut mencerminkan pendirian dasar monetari yang lebih tegas dalam menghadapi ketidaktentuan semasa.
Seiring itu, jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed semakin pudar apabila pasaran mengambil kira kesan harga tenaga yang tinggi.
Jika sebelum ini pelabur menjangkakan sekurang-kurangnya dua pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas, kini bank pusat AS dilihat berkemungkinan mengekalkan dasar monetari tanpa pelonggaran sehingga 2026.




















































