Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bullion mengekalkan aliran harga yang hambar sejak dagangan Selasa iaitu berlegar-legar di sekitar paras $4,450 berikutan tarikan sokongan mata wang dolar AS di tengah-tengah terbitan data pekerjaan Amerika Syarikat yang sibuk.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $4,457 iaitu turun 0.44% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Data terkini menunjukkan Pengurangan Pekerjaan Challenger bagi Disember merekodkan penurunan ketara, apabila majikan di Amerika Syarikat mengumumkan 35,553 pengurangan pekerjaan, susut hampir 50% berbanding 71,321 pada bulan November.
Sementara itu, Tuntutan Pengangguran Awal bagi minggu berakhir 3 Januari meningkat kepada 208,000, namun masih lebih baik daripada jangkaan pasaran pada 210,000, walaupun sedikit lebih tinggi berbanding bacaan sebelumnya iaitu 200,000.
Susulan data tersebut, Dolar AS (USD) mengukuh, namun kenaikannya kekal terhad apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang beberapa acara penting AS pada hari Jumaat.
Antaranya ialah penerbitan laporan Non-Farm Payrolls (NFP) Disember, dengan pasaran menjangkakan penambahan sekitar 60,000 pekerjaan baharu, manakala Kadar Pengangguran diramal meningkat ke 4.5%.
AS turut dijadualkan mengeluarkan anggaran awal Indeks Sentimen Pengguna Michigan bagi Januari, yang merangkumi jangkaan inflasi pengguna.
Dalam perkembangan lain, Mahkamah Agung AS dijangka mengumumkan keputusan berhubung penggunaan kuasa kecemasan oleh Presiden Donald Trump bagi melaksanakan tarif.
Sekiranya mahkamah memutuskan menentang Trump, kerajaan AS berpotensi berdepan tuntutan bayaran balik sehingga $150 bilion, melibatkan levi tarif yang telah dikutip sebelum ini.
























































