Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Spot Bitcoin ETF kembali menjadi perhatian apabila mencatat aliran masuk dana yang kukuh walaupun harga Bitcoin berdepan tekanan ketara.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin berada di paras $67,684 iaitu positif 0.18% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Dalam tempoh tujuh hari lalu, harga Bitcoin merosot hampir 13% dan sempat jatuh di bawah paras $68,000.
Data terkini menunjukkan Spot Bitcoin ETF di Amerika Syarikat menerima aliran masuk sebanyak $166.6 juta dalam satu sesi dagangan, menjadikan jumlah keseluruhan aliran masuk minggu ini mencecah $311.6 juta.
Angka ini hampir mengimbangi aliran keluar sebanyak $318 juta yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Situasi ini menandakan perubahan sentimen pasaran selepas ETF Bitcoin mengalami tiga minggu berturut-turut aliran keluar yang melebihi $3 bilion.
Malah, hanya sebahagian kecil pelabur ETF dilaporkan mengeluarkan dana mereka ketika harga merosot, menandakan keyakinan jangka panjang terhadap Bitcoin masih utuh.
Dalam perkembangan berasingan, Goldman Sachs buat pertama kali mendedahkan pegangan dalam ETF altcoin dengan pelaburan sekitar $152 juta dalam ETF XRP dan $104 juta dalam ETF Solana, memberi isyarat bahawa institusi besar kini mula mempelbagaikan pendedahan dalam pasaran kripto.
Secara keseluruhan, walaupun harga Bitcoin sedang tertekan, aliran masuk ke ETF menunjukkan minat institusi masih kuat dan penurunan ini mungkin dilihat sebagai peluang, bukan ancaman.

























































