Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini mendedahkan sekali lagi berkaitan Jeffrey Epstein dengan dunia kewangan dan kali ini dalam industri mata wang kripto yang sedang berkembang pesat.
Menurut dokumen e-mel yang baru didedahkan, Epstein, seorang pembiaya terkenal yang kemudiannya disabitkan kesalahan jenayah seks, didakwa melabur sekitar $3.2 juta dalam Coinbase pada tahun 2014, ketika syarikat itu masih di peringkat awal.
Pada tahun 2014, Coinbase belum lagi popular di dalam pasaran kripto seperti hari ini.
Nilai syarikat tersebut ketika itu dianggarkan sekitar $400 juta, jauh lebih rendah berbanding penilaian berbilion dolar pada tahun-tahun berikutnya.
E-mel daripada DOJ menunjukkan sebuah entiti yang dikaitkan dengan Epstein memperoleh hampir 196,000 saham Siri C Coinbase, dengan jumlah pelaburan sekitar $3.25 juta.
Menariknya, pelaburan ini tidak dibuat atas nama Epstein sendiri, sebaliknya melalui beberapa syarikat liabiliti terhad (LLC).
Dokumen turut mencadangkan bahawa nama entiti pelabur diubah bagi menyembunyikan pemilik sebenar dana, sekali gus menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam pelaburan awal industri kripto.
Penting untuk ditegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan pihak pengurusan Coinbase mengetahui penglibatan Epstein ketika pelaburan tersebut dibuat.
Segala urusan dipercayai dikendalikan oleh firma pelaburan dan individu perantara.
Ini mencerminkan realiti dunia pelaburan awal, di mana syarikat permulaan sering menerima dana melalui dana atau entiti pihak ketiga tanpa mengetahui pemilik akhir modal tersebut.
Empat tahun kemudian, pada 2018, sebahagian daripada pegangan tersebut dijual dengan harga $15 juta, walaupun hanya melibatkan kira-kira 50% daripada pelaburan asal.
Ini menunjukkan pulangan luar biasa hasil pelaburan awal dalam industri kripto.
Pendedahan ini juga mendedahkan bahawa Epstein turut melabur dalam beberapa syarikat kripto lain seperti Blockstream, sekali gus membuktikan penglibatannya dalam fasa awal perkembangan industri blockchain.
























































