Nama Henry Kravis, billionaire Amerika dan pengasas bersama firma pelaburan global KKR, kembali menjadi perhatian selepas KKR bersetuju membuat pelaburan minoriti dalam Avisena Healthcare.
Namun, kali ini tumpuan bukan sekadar kepada transaksi tersebut, tetapi kepada siapa sebenarnya Henry Kravis dan latar belakang tokoh yang berada di belakang salah satu firma pelaburan terbesar dunia itu.
Siapa Henry Kravis?
Henry Kravis merupakan antara nama paling berpengaruh dalam dunia private equity. Beliau mengasaskan KKR bersama Jerome Kohlberg dan George Roberts pada 1970-an.
Daripada firma yang bermula dengan strategi leveraged buyout, KKR berkembang menjadi gergasi pelaburan global dengan portfolio merangkumi pelbagai sektor termasuk healthcare, infrastruktur, pendidikan dan teknologi.
Kravis sendiri mempunyai kekayaan bernilai berbilion dolar hasil daripada perjalanan panjangnya dalam dunia pelaburan.
Latar Belakang Keluarga Yahudi
Kravis dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat.
Latar belakang keluarganya juga mempunyai sejarah dalam aktiviti kebajikan. Yayasan yang membawa nama Kravis Henry R. Foundation disenaraikan sebagai penderma kepada beberapa projek di Jerusalem, termasuk Jerusalem Symphony Orchestra, Israel Festival dan Cinematheque Jerusalem.
Ini bukan sekadar nama besar dalam dunia kewangan. Keluarga Kravis juga mempunyai sejarah panjang dalam bidang filantropi, termasuk sokongan terhadap institusi dan projek kebudayaan.
Bukan Henry Kravis Yang Beli Hospital
Walaupun namanya menjadi perhatian, penting untuk membezakan antara Henry Kravis secara peribadi dengan KKR sebagai firma pelaburan.
Dalam kes Avisena, pelaburan tersebut dibuat oleh dana yang diuruskan KKR, bukannya diumumkan sebagai pembelian saham Avisena secara peribadi oleh Kravis.
Jadi, lebih tepat untuk mengatakan bahawa firma yang diasaskan bersama Kravis kini mempunyai kepentingan dalam healthcare Malaysia, bukannya Kravis membeli sebuah hospital di Malaysia.
KKR Semakin Aktif Di Malaysia
Pelaburan Avisena juga bukan kemunculan pertama KKR di Malaysia.
Firma tersebut sebelum ini mempunyai pelaburan dalam beberapa syarikat tempatan termasuk OMS Group, Weststar Aviation dan Taylor’s Schools.
Bagi KKR, Malaysia nampaknya terus menjadi salah satu pasaran yang menarik dalam strategi pelaburan serantaunya.
Bagi Henry Kravis pula, kemasukan KKR ke sektor healthcare Malaysia menambah satu lagi bab kepada perjalanan panjang seorang Jewish-American billionaire yang membina empayar pelaburan bernilai berbilion dolar.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

























































