Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan pada awal minggu ini apabila pelabur bimbang mengenai kesan konflik geopolitik di Asia Barat yang memasuki minggu kedua.
Ketegangan di Timur Tengah yang semakin memuncak mendorong ketidaktentuan terhadap ekonomi dunia selepas harga minyak melonjak melebihi $100 setong.
Sementara itu, beberapa negara Timur Tengah termasuk Kuwait, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah berikutan kapasiti penyimpanan minyak yang sedia ada mula kehabisan.
Situasi ini berlaku akibat sekatan terhadap kapal tangki minyak di Selat Hormuz.
Pada masa yang sama, saham AS berada di bawah tekanan minggu lalu selepas data pekerjaan NFP bagi bulan Februari diunjurkan lebih lemah daripada jangkaan, sekali gus berisiko meningkatkan kadar inflasi.
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones menyusut 0.95% kepada 47,501.55 mata, S&P 500 merudum 1.33% kepada 6,740.02 mata dan Nasdaq Composite pula merosot 1.59% kepada 22,387.68 mata.


























































