Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Federal Reserve kini dijangka akan memotong kadar faedah pada mesyuarat Federal Market Opening Committee (FOMC) bulan Mac oleh lebih 23% pemain pasaran, meningkat daripada hanya 18.4% beberapa hari lalu.
Perubahan sentimen ini berlaku susulan kebimbangan pasaran terhadap pencalonan Kevin Warsh sebagai Pengerusi Fed yang baharu.
Kevin Warsh, yang dicalonkan oleh Presiden Donald Trump untuk menggantikan Jerome Powell, dilihat sebagai seorang hawkish, iaitu cenderung mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama serta mengurangkan kecairan dalam sistem kewangan.
Pandangan ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur, termasuk pasaran kripto dan aset berisiko.
Walaupun begitu, sebahagian pedagang percaya Fed mungkin tetap melakukan potongan kecil 25 mata asas bagi meredakan tekanan pasaran. Tiada jangkaan terhadap potongan kadar yang lebih agresif setakat ini.
Dasar kadar faedah Fed memainkan peranan penting terhadap pergerakan pasaran.
Liquidity yang longgar lazimnya memberi kesan positif kepada aset berisiko seperti kripto, manakala dasar monetari yang ketat boleh menekan harga apabila aliran modal menjadi terhad.
Buat masa ini, pasaran kekal berhati-hati, dengan pelabur terus menilai hala tuju dasar Fed dan kesannya terhadap ekonomi global serta pasaran kripto.

























































