Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Mata wang ringgit dibuka sedikit tinggi pada 3.96 berbanding dolar AS disebabkan oleh campur tangan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun terhadap mata wang semakin meningkat.
Pada jam 10:28 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9600 iaitu mengukuh 0.08% berbanding dolar AS sejak dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa mata wang tempatan dijangka meningkat hari ini berikutan nilai dolar AS yang semakin lemah.
Beliau turut menyatakan bahawa yen Jepun meningkat lebih kukuh berbanding dolar AS apabila kemungkinan berlakunya campur tangan dalam kalangan pihak berkuasa dilihat semakin memuncak.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan berubah-ubah berbanding sekumpulan mata wang lain.
Ia merosot berbanding euro kepada 4.7076/7195 daripada 4.6999/7064, merosot berbanding pound Britain kepada 5.4217/4354 daripada 5.4166/4241, namun naik sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.5683/5750 daripada 2.5783/5820.
Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1201/1282 daripada 3.1242/1288 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.6953/7343 daripada 12.7441/7679.
Ia menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 236.2/236.9 daripada 236.0/236.4 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.72/67.4 daripada 6.72/6.73 sebelum ini. – BERNAMA

























































